Mudi
Mudi hitam | |||||||||||||||||||||||||
| Negara asal | Hungary | ||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||||||
Mudi[a] ialah satu baka anjing gembala dari Hungary. Ia berkait rapat dengan puli dan pumi, yang daripadanya ia terpisah pada tahun 1930-an. Ia terus digunakan dalam penggembalaan, serta penyertaan dalam pelbagai sukan anjing.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Mudi pertama kali ditemukan sebagai baka pada tahun 1936 oleh Dr. Dezso Fenyes di Hungary; di sana, ia dikenali sebagai "anjing penggiring". Mudi hampir lenyap sejurus selepas pengiktirafannya, memandangkan banyak yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua. Baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1966. Pada 5 Januari 2022, mudi diiktiraf oleh American Kennel Club sebagai baka tulen dan oleh The Kennel Club pada 12 Jun 2025, berkuat kuasa mulai 1 Julai.[1][2] Mudi muncul pertama kali dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada Jun 2022.[3] Pada pertandingan Westminster julung baka ini, Ch. Luminary Alchemist ("Guava"), yang dimiliki oleh Samantha Van Buren, memenangi Best of Breed,[4] lalu menjadi mudi pertama yang menerima anugerah baka dalam pertunjukan Westminster.[5][6]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Mudi ialah baka bertenaga tinggi dan cenderung untuk berjaya dalam penggembalaan dan ketangkasan. Mudi mempunyai jangka hayat 12–14 tahun dengan penjagaan betul. Mudi dewasa adalah setinggi 14–18 in (36–46 cm) dan biasanya seberat 18–29 lb (8.2–13.2 kg).[1]
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Mudi mempunyai lapis bulu sederhana panjang dan jenis lapis bulu keriting. Mudi lahir dengan ekor dengan panjang berlainan daripada ekor kontot hingga ekor panjang penuh. Anjing yang lahir dengan ekor pendek atau ekor kontot semula jadi bakal ditandai dalam pedigri FCI.
Senaman dan kegiatan
[sunting | sunting sumber]Mudi ialah baka sangat aktif. Ia perlu dibawa untuk berjalan setiap hari, sama ada lama-lama, cepat-cepat, atau berjoging. Sebagai tambahan, ia mendapat manfaat daripada kawasan besar selamat supaya ia dapat bebas berlari. Ia memerlukan banyak larian dan senaman lain untuk kekal berada dalam keadaan baik. Ia suka bermain dan cemerlang dalam semua jenis sukan anjing seperti frisbee. Mudi dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, schutzhund, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Mudi yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[7]

Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 "Mudi" [Mudi] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 30 Januari 2024.
- ↑ Graham, Daniel (16 Jun 2025). ""Razor sharp and fiercely loyal": rare dog from Hungary becomes UK's newest breed" ["Amat pintar dan setia": anjing jarang dari Hungary menjadi baka terbaharu UK] (dalam bahasa Inggeris). Countryfile. Dicapai pada 5 Julai 2025.
- ↑ "2022 Westminster Kennel Club Dog Show: Everything you need to know" [Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club 2022: Semua yang perlu anda ketahui] (dalam bahasa Inggeris). FoxSports.com. 18 Jun 2022. Dicapai pada 12 September 2026.
- ↑ "Westminster Kennel Club Herding Best of Breed List – Monday, June 20, 2022" [Senarai Best of Breed Gembala Westminster Kennel Club – Isnin, 20 Jun 2022] (dalam bahasa Inggeris AS). Canine Chronicle. Dicapai pada 12 September 2026.
- ↑ Skiver, Kevin (24 Jun 2022). "Who won the Westminster Dog Show in 2022? Breed results, group winners & Best in Show" [Siapakah yang memenangi Pertunjukan Anjing Westminster pada tahun 2022? Hasil keputusan baka, pemenang kumpulan, dan Best in Show] (dalam bahasa Inggeris). The Sporting News. Dicapai pada 12 September 2026.
- ↑ "Mudi Firsts" [Gelaran-gelaran Pertama Mudi] (dalam bahasa Inggeris). Mudi Club of America. Dicapai pada 12 September 2026.
- ↑ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 81. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.