Lockdown
| Lockdown | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Eirma Fatima (musim 1â2) |
| Pengarah |
|
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 2 |
| Bilangan episod | 30 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 41â43 minit |
Syarikat penerbitan | U2 Media |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro Ria |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital Plus |
| Siaran asal | 26 Julai 2021 â 7 Julai 2022 |
| Status |
|
| Kronologi | |
| Mengikuti | |
| Diikuti oleh | |
Lockdown ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Pali Yahya (1), Izuan Mokhtar (2) dan Ain Sharif (2), dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air. Berdasarkan dari kisah benar pandemik COVID-19 di Malaysia, drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 26 Julai 2021 hingga 10 Ogos 2021 bagi Musim pertama.[1][2] Musim keduanya akan bersiaran pada 6 Jun 2022 hingga 7 Julai 2022.[3]
Ringkasan musim
[sunting | sunting sumber]| Musim | Tahun | Bil. Episod | Siaran Asal | |
|---|---|---|---|---|
| Tayangan pertama | Tayangan terakhir | |||
| 1 | 2021 | 10 | 26 Julai 2021 | 10 Ogos 2021 |
| 2 | 2022 | 20 | 6 Jun 2022 | 7 Julai 2022 |
Musim 1 (2021)
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan kehidupan masyarakat tempatan semasa PKP diumumkan. Pelbagai kisah menarik dan menghayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP. Di antaranya adalah tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan.
Musim 2 (2022)
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak COVID-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza.
Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua.
Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai âfrontlinerâ ketika COVID-19. Peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif COVID-19. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.
Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa âResellerâ. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- â "Drama Lockdown (Astro Ria)". My Infotaip. 26 Julai 2021. Dicapai pada 30 Oktober 2026.
- â "Lockdown papar garis realiti, duka lara pandemik". Kosmo!. 26 Julai 2021. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
- â "Drama Lockdown 2 (Astro Ria)". My Infotaip. 6 Jun 2022. Dicapai pada 30 Oktober 2026.