Pergi ke kandungan

Ismail Lasim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ismail Lasim
اسماعيل لاسيم
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9
Menyandang jawatan
2 Ogos 2026
RajaTuanku Muhriz
Didahului olehAminuddin Harun
Kawasan pilihan rayaJuasseh
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
(Hal Ehwal Agama Islam & Keselamatan)
(Kewangan, Tanah & Sumber Asli)
(Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan Felda)
Menyandang jawatan
7 Ogos 2026
Didahului olehAminuddin Harun
Kawasan pilihan rayaJuasseh
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
bagi Juasseh
Menyandang jawatan
1 Ogos 2026
Didahului oleh Bibi Sharliza Mohd Khalid
Kawasan pilihan rayaJuasseh
Majoriti4,091 (2026)
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 1 Julai 2023
Didahului oleh Mohammad Razi Kail
Digantikan oleh Bibi Sharliza Mohd Khalid
Majoriti692 (2018)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Kerja Raya, Komunikasi, Telekomunikasi dan Pos :
29 Mac 2004 – 13 Mac 2008

Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi :
14 Mac 2008 – 21 Mei 2013

Perpaduan dan Integrasi Nasional :
22 Mei 2013 –12 Mei 2018

Pendidikan & Modal Insan :
24 Ogos 2023 – 27 April 2026
Dalam jawatan
24 Ogos 2023 – 27 April 2026
RajaTuanku Muhriz
Menteri BesarAminuddin Harun
Didahului olehMohamad Rafie Abdul Malek
Kawasan pilihan rayaSenaling
Dalam jawatan
29 Mac 2004 – 12 Mei 2018
RajaTuanku Ja’afar (2004–2008), Tuanku Muhriz (2008–2018)
Menteri BesarMohamad Hasan
Didahului olehLilah Yasin
Digantikan olehChoo Ken Hwa
Kawasan pilihan rayaSenaling
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
bagi Senaling
Dalam jawatan
29 November 1999 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Zainal Mokhtar Mohd Yunus
Digantikan oleh Adnan Abu Hassan
Majoriti1,027 (1999)
2,516 (2004)
2,014 (2008)
2,151 (2013)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan
1999–Barisan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Ismail bin Lasim

(1959-04-15) 15 April 1959 (umur 67)
Kampung Tebing Tinggi, Juasseh, Negeri Sembilan, Persekutuan Tanah Melayu
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Gabungan politik
lain

Barisan Nasional (BN)
PasanganDatin Noraishah Othman
Ibu bapa
  • Allahyarham Lasim Yaman (bapa)
  • Allahyarhamah Bedah Othman (ibu)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-Undang
Tempat belajarSekolah Kebangsaan Pusat Juasseh
SMK King George V, Seremban
Universiti Malaya (LLB)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam

Ismail bin Lasim (lahir 15 April 1959) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Aminuddin Harun sejak Ogos 2023 dan dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Menteri Besar Mohamad Hasan dari Mac 2004 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri BN pada Mei 2018 serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN) bagi Senaling dari November 1999 hingga Mei 2018 dan sekali lagi sejak Ogos 2023.

Beliau juga berkhidmat sebagai ADUN bagi Juasseh dari Mei 2018 hingga Ogos 2023. Beliau merupakan ahli, Ketua Penerangan Negeri dan Ketua UMNO Bagian Kuala Pilah bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, sebuah parti komponen gabungan BN. Beliau bekhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan setelah BN memenangi PRN Negeri Sembilan dengan memenangi 18 Kerusi dan membentuk Kerajaan Negeri bersama PN sehingga dikatakan telah meletakkan jawatan pada 16 November 2026[1].

Menteri Besar Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]

Selepas kemenangan pakatan Barisan Nasional - Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2026, Ismail antara calon yang dinamakan Barisan Nasional sebagai Menteri Besar yang diserahkan kepada Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. (yang lain ialah Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Jalaluddin Alias, Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Mohd Asna Amin dan Setiausaha UMNO Kuala Pilah Saiful Yazan Sulaiman)[2].

Sehari selepas nama mereka dikemukakan, Ismail telah dicalonkan oleh Tuanku Muhriz untuk menyandang jawatan Menteri Besar; oleh itu, beliau telah mengangkat sumpah pada 2 Ogos 2026[3], di hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Panglima Besar, serta Undang Luak Sungei Ujong & Rembau, Muhammad Faris Johari dan Hassan Ab Hamid masing-masing.

Ismail dipercayai telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 16 November 2026 kepada Tuanku Muhriz, beberapa hari selepas Ismail menarik balik surat yang ditujukan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad bahawa Tuanku Muhriz bukan lagi Yang di-Pertuan Besar, sebaliknya Majlis Raja-Raja menganggap Tunku Nadzaruddin sebagai pemerintah yang dipilih dengan tepat bagi Negeri Sembilan.[1]

Pada keesokan harinya, Pengelola Bijaya Diraja telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa seorang individu bernama 'Hamidi' daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq telah menyerahkan surat peletakan jawatan Ismail pada tengah malam 17 November; namun, pihak Istana belum mengesahkan sama ada surat tersebut – atau fakta-fakta yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Zambry Abd Kadir, berkaitan dengannya – adalah sahih atau sebaliknya[4]. Ismail pada asalnya dijadualkan untuk menghadap Tuanku Muhriz pada 20 November, akan tetapi beliau telah menghadap Tuanku Muhriz pada petang 17 November[5].

Pelibatan dalam Krisis Perlembagaan Negeri Sembilan

[sunting | sunting sumber]

Pada 9 September 2026, beberapa hari selepas Ismail menzahirkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan[6], semasa sidang media yang melibatkan Maarof Mat Rashad, Abdul Rahim Yassin & Datuk Muhammed Abdullah (bekas Undang Luak Jelebu ke-17, bekas Undang Luak Rembau ke-22[7] & Undang Luak Johol ke-15 masing-masing), Maarof Mat Rashad mengisytiharkan bahawa penyandang Menteri Besar, Ismail Lasim, telah menandatangani pengisytiharan untuk memecat Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos 2026, tiga hari selepas gabungannya memenangi Pilihan raya negeri Negeri Sembilan ke-16.[8]

Walaupun peguam bagi Undang Yang Empat, termasuk Undang yang tidak diiktiraf, menyatakan bahawa beliau menandatangani perisytiharan itu tanpa sebarang tekanan, serta melakukannya secara sukarela dan tanpa paksaan[9], Ismail tetap membuat laporan polis[10] dengan mendakwa bahawa beliau dipaksa menandatanganinya dan berada dalam keadaan tertekan semasa menandatangani perisytiharan tersebut[11].

Tidak lama kemudian, walaupun terdapat kenyataan daripada Dewan Keadilan dan Undang yang mengisytiharkan Proklamasi Undang Yang Empat yang tidak diiktiraf itu sebagai 'cacat, luput dan terbatal' atas alasan ia tidak sah dari segi perlembagaan dan individu yang menandatanganinya telah pun dilucutkan jawatan lebih awal[12] — Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Md. Faizal Ramli, mengeluarkan arahan yang menyatakan bahawa penurunan takhta Tuanku Muhriz telah disempurnakan[13] menurut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

Pada 20 September 2026, hampir dua bulan selepas kerajaan Ismail Lasim diumumkan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir mengumumkan pembatalan[14] serta-merta pelantikan kesemua sepuluh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan berikutan keputusan mereka menyokong proklamasi Undang Luak yang tidak diiktiraf, serta pengisytiharan Menteri Besar untuk menurunkan Tuanku Muhriz daripada takhta. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Azizi Mohamad Ali (Pengelola Bijaya Diraja Istana Seri Menanti), kesemua sepuluh ahli tersebut didapati telah 'mengingkari sumpah jawatan mereka'.

Sebelum ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengeluarkan kenyataan bersama[15] yang mengisytiharkan bahawa penyingkiran Tuanku Muhriz adalah sah memandangkan Undang Yang Empat telah menandatangani dan membubuh cop pada proklamasi penurunan Tuanku Muhriz, selain turut ditandatangani oleh Menteri Besar sebagaimana yang diwajibkan oleh Perkara (10) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Keputusan tersebut dibuat sebulat suara[16] susulan mesyuarat majlis berkenaan yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri yang sedang memegang jawatan, Ismail Lasim.

Surat Cara Proklamasi yang dipercayai ditandatangani oleh Ismail Lasim.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sembilan[17]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 N14 Senaling Ismail Lasim (UMNO) 3,097 59.94% Baharudin Poan (PAS) 2,070 40.06% 5,332 1,027 73.18%
2004 N17 Senaling Ismail Lasim (UMNO) 3,860 74.17% Zaharudin Osman (PAS) 1,344 25.83% 5,299 2,516 75.46%
2008 Ismail Lasim (UMNO) 3,647 69.09% Zaharudin Osman (PAS) 1,632 30.91% 5,418 2,014 77.25%
2013 Ismail Lasim (UMNO) 4,450 65.94% Zaharudin Osman (PAS) 2,299 34.06% 6,878 2,151 86.00%
2018 N15 Juasseh Ismail Lasim (UMNO) 4,146 50.41% Rosli Omar (PKR) 3,454 42.00% 8,388 692 83.10%
Hassan Mohamed (PAS) 624 7.59%
2023 N17 Senaling Ismail Lasim (UMNO) 3,724 54.88% Amrina Mohammad Khalid (BERSATU) 3,062 45.12% 6,839 662 69.18%
2026 N15 Juasseh Ismail Lasim (UMNO) 6,907 67.52% Mohd Aidil Abdullah (PKR) 2,816 27.53% 10,229 4,091 74.82%
Mohd Zuhaimi Md Yusof (BERSATU) 506 4.95%
  1. 1 2 BAKAR, JUANI MUNIR ABU (2026-11-16). "Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2026-11-16.
  2. ↑ Parzi, Mohd Nasaruddin (2026-08-02). "Siapa calon MB Negeri Sembilan?". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-21.
  3. ↑ "Ismail Lasim selesai angkat sumpah jawatan MB Negeri Sembilan | Awani". www.astroawani.com. 2026-08-02. Dicapai pada 2026-09-21.
  4. ↑ "[TERKINI] Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan Ismail Lasim | Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2026-11-17.
  5. ↑ "[TERKINI] Tuanku Muhriz terima menghadap Ismail susulan kemelut semasa Negeri Sembilan | Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2026-11-17.
  6. ↑ "Kerajaan negeri tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz - Ismail Lasim | Awani". www.astroawani.com. 2026-09-06. Dicapai pada 2026-09-16.
  7. ↑ Osman, Nurhanim (2026-08-01). "Tiga individu bukan Undang Luak yang sah - DKU Negeri Sembilan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-16.
  8. ↑ ZULKIFLI, SYAMILAH (2026-09-09). "Undang Yang Empat termasuk yang dipertikai tunjuk dokumen didakwa ditandatangani MB". Sinar Harian. Dicapai pada 2026-09-16.
  9. ↑ GHAZALI, NOR SHAFIQAH MOHD (2026-09-10). "Peguam Undang Yang Empat dakwa MB tandatangan proklamasi secara rela". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2026-09-16.
  10. ↑ Reporters, F. M. T. (2026-09-15). "MB N Sembilan buat 2 repot polis, kata Saifuddin". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-16.
  11. ↑ Jalil, Mohd Amin (2026-09-09). "Ismail Lasim akui dituntut menandatangani Surat Cara Proklamasi secara paksa". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-09-16.
  12. ↑ "DKU tegaskan Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Awani". www.astroawani.com. 2026-09-14. Dicapai pada 2026-09-16.
  13. ↑ MalaysiaGazette, Wartawan (2026-09-16). "Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sah, berkuat kuasa – Kerajaan Negeri Sembilan". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2026-09-16.
  14. ↑ BERNAMA (2026-09-21). "Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan Serta-merta". BERNAMA. Dicapai pada 2026-09-21.
  15. ↑ AZIS, DIANA (2026-09-16). "Exco Negeri Sembilan umum Tuanku Muhriz diturunkan takhta, iktiraf Tuanku Nadzaruddin". Sinar Harian. Dicapai pada 2026-09-21.
  16. ↑ "[TERKINI] Proklamasi turun takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco - MB | Awani". www.astroawani.com. 2026-09-17. Dicapai pada 2026-09-21.
  17. ↑ "The Star Online GE15 Negeri Sembilan results". election.thestar.com.my.
  18. ↑ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".