Laman Utama
Selamat Datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 445,675 buah rencana.
Tarikh: Selasa, 24 November 2026 | Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang
Rencana pilihan
Batu Bersurat Pagaruyung I merupakan antara warisan sejarah peninggalan zaman pemerintahan Raja Adityawarman di wilayah Malayapura (Kerajaan Pagaruyung), Sumatera Barat. Ia dianggap sebagai antara bukti epigrafi terpenting dari zaman Melayu Kuno pada abad ke-14 Masihi. Dipahat pada batu pasir berwarna perang kekuningan berbentuk segi empat yang berdiri tegak, batu bersurat ini ditulis menggunakan tulisan Pasca-Pallawa Sumatera dalam dua bahasa, iaitu Sanskrit dan Melayu Kuno. Berdasarkan candra sangkala (kronogram) wasur mmuni bhuja sthalam, ia bertarikh pada tahun 1278 Saka (1356 Masihi).
Batu bersurat ini pada asalnya ditemui di kawasan Bukit Gombak, Nagari Baringin, Kecamatan Lima Kaum, Kabupaten Tanah Datar, sebelum dipindahkan ke kawasan yang kini dikenali sebagai Kompleks Prasasti Adityawarman. Kompleks ini terletak di kawasan Gudam, Nagari Pagaruyung, Kecamatan Tanjung Emas, Kabupaten Tanah Datar; ia berada di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Pagaruyung dengan Batusangkar. Di dalam kompleks tersebut, terdapat beberapa buah batu bersurat yang disusun sebaris dan ditandakan dengan nombor siri Pagaruyung I hingga Pagaruyung VIII. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Misi ESA–JAXA bersama BepiColombo (gambar pesawat angkasa) memasuki orbit mengelilingi Utarid.
- Presiden Mongolia Ukhnaagiin Khürelsükh mengumumkan peletakan jawatannya akibat tuduhan rasuah.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa Myanmar telah melakukan pembasmian kaum terhadap orang Rohingya.
- Permainan video Grand Theft Auto VI mencapai jualan AS$3.79 bilion pada hari pelancarannya, lebih daripada mana-mana keluaran hiburan lain dalam sejarah.
Tahukah anda...
- "... bahawa UNESCO pernah dituduh sebagai platform bagi pihak komunis dan negara-negara Dunia Ketiga untuk menyerang negara-negara Barat?"
- ... bahawa Perdana Menteri Kanada yang ke-23 ialah Justin Trudeau yang juga merupakan Ketua Parti Liberal?
- "... bahawa lesen diperlukan untuk mengendalikan radio amatur?"
- "... bahawa kesemua antena, meter pH dan diod pemancar cahaya ialah contoh pemindah?"
Hari ini dalam sejarah
- 1859 – Buku Asal-Usul Spesies oleh ahli alamiah British Charles Darwin mula diterbitkan, dan habis terjual pada hari yang sama.
- 1940 – Perang Dunia II: Republik Slovakia menjadi penandatangan Pakatan Tiga Pihak, secara rasmi menyertai kuasa Paksi.
- 1963 – Jack Ruby menembak mati Lee Harvey Oswald, dikatakan pembunuh Presiden A.S. John F. Kennedy, semasa sedang dipindahkan ke penjara.
- 1973 – Krisis minyak: Had laju kebangsaan dilaksanakan ke atas autobahn di Jerman, yang hanya bertahan selama empat bulan.
- 1974 – Rangka 3.2 juta tahun hominid Australopithecus afarensis yang dinamakan "Lucy" (gambar) dijumpai di Lekukan Afar di Habsyah.
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru
- Segera Cipta
- Rencana-rencana di Portal:Hal semasa (en; fr)
- Rencana mingguan di Penterjemahan minggu ini
- Khas:Laman dikehendaki (WikiProjek Malaysia • WikiProjek Brunei • WikiProjek Perubatan • 10,000 rencana perlu)
- Segera Selenggara
- Rencana-rencana di dalam kategori Kategori:Projek BukanTeamBiasa
- Perangkaan WBM
| Kedalaman | Rencana | Laman | Suntingan | Pengguna | Pentadbir | Fail |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 16.6 | 445,675 | 1,197,535 | 6,997,262 | 420,483 (1,772 aktif) | 15 | 17,902 |
- Perbaiki kandungan