Laman Utama
Selamat Datang ke Wikipedia
ensiklopedia bebas yang boleh disunting oleh sesiapa jua.
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 444,853 buah rencana.
Tarikh: Selasa, 13 Oktober 2026 | Pengumuman · Soalan lazim · Embassy · Pengenalan bahasa Melayu
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang
Rencana pilihan
Batang Mukah merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Batang Mukah merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Mukah dalam Bahagian Mukah dan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Batang Mukah merupakan salah satu sungai utama (batang) di negeri Sarawak yang mengalir menuju ke Laut China Selatan. (Rencana penuh...)
Berita terkini
- Dalam sukan permotoran, Elfyn Evans (gambar) dan Scott Martin menang Kejohanan Rali Dunia 2026.
- Pilihan raya kilat diumumkan susulan protes perumahan yang berleluasa di Sepanyol.
- Semasa berada di ruang udara Arab Saudi, kru dan penumpang Penerbangan 1073 Flydubai berjaya menggagalkan cubaan merampas atau menghempaskan pesawat tersebut.
- Banjir di Bangkok dan seluruh Thailand menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terkorban.
Tahukah anda...

- "... bahawa pokok jabuticaba ialah pokok yang mengeluarkan buah dan bunga di bahagian batang?"
- "... bahawa kegunaan adil ialah sebuah doktrin undang-undang hak cipta Amerika Syarikat yang membenarkan kegunaan bahan-bahan berhak cipta tanpa memerlukan kebenaran daripada pemilik hak cipta, umpamanya untuk kesarjanaan atau ulasan?"
- "... bahawa Misa Melayu ditulis menggunakan campuran prosa dan puisi dalam tulisan Jawi?"
- "... bahawa Metallica merupakan satu-satunya kumpulan muzik yang albumnya mencapai nombor satu dalam carta Billboard 200 sebanyak lima kali berturut-turut?"
- "... bahawa Metro Kaherah ialah satu-satunya sistem metro lengkap di Afrika?"
Hari ini dalam sejarah
- 54 – Claudius diracun oleh isterinya Agrippina yang Lebih Muda, menjadikan anaknya Nero sebagai Maharaja Rom seterusnya.
- 1307 – Beribu anggota Kesatria Templar ditahan serentak oleh ejen Raja Philippe IV dari Perancis dan kemudian diseksa untuk "mengaku" bidaah.
- 1773 – Charles Messier menemui Galaksi Pusaran, suatu galaksi pilin reka bentuk besar yang terletak di buruj Canes Venatici.
- 1884 – Balai Cerap Diraja di Greenwich, London, dipilih sebagai meridian longitud Waktu Sejagat, mempopularkan Waktu Min Greenwich.
- 2010 – Kesemua 33 pelombong di bawah Gurun Atacama berhampiran Copiapó, Chile berjaya diselamatkan (gambar) selepas terperangkap selama 69 hari.
|
Gordon Tobing (1925–1993) ialah penyanyi lagu rakyat Indonesia, terutamanya dalam bahasa Batak. Dilahirkan dalam keluarga Batak di Medan, Sumatera Utara, Tobing berpindah ke Jakarta pada tahun 1950 dan mula bekerja dalam industri hiburan. Semasa bersama Radio Republik Indonesia, beliau menyertai misi kebudayaan Indonesia ke Festival Belia dan Pelajar Sedunia Ke-4. Sepanjang sisa hidupnya Tobing telah dimasukkan dalam banyak misi yang sama, akhirnya mengembara ke lima benua dan membuat persembahan untuk Presiden Suharto Indonesia, Putera Mahkota Akihito Jepun, dan pemimpin dunia yang lain. Gambar oleh Tati Studios, Jakarta; dibaik pulih oleh Chris Woodrich
Gambar pilihan sebelum ini:
|
Gotong-royong
- Cabaran gotong-royong
- Hasil gotong-royong terbaru