Pergi ke kandungan

Wikipedia:Penghapusan segera

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Wikipedia:G11)

Kriteria untuk penghapusan segera menetapkan satu-satunya kes-kes yang membolehkan penyelia untuk melangkaukan perbincangan penghapusan dan menghapuskan laman-laman atau media-media Wikipedia. Kriteria tersebut meliputi sahaja kes-kes yang dinyatakan dalam peraturan di bawah.

Penghapusan dapat dibalikkan, tetapi oleh penyelia sahaja; oleh itu hapusan-hapusan yang lain berlaku sahaja selepas perbincangan. Tujuan penghapusan segera ialah untuk mengurangkan masa yang dibazirkan pada perbincangan penghapusan untuk laman atau media yang tiada peluang yang praktikal untuk berhidup selepas perbincangan.

Penyelia-penyelia hendaklah berhati-hati untuk tidak menghapuskan laman atau media dengan segera kecuali dalam kes-kes yang jelas dilihat. Jika sebuah laman telah terus hidup selepas perbincangan penghapusan yang terkini, jangan menghapuskannya dengan segera kecuali bila perlanggaran hak cipta yang baru telah didapati atau ia memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang tidak berkontroversi; kriteria tersebut dinyatakan di bawah. Penyumbang-penyumbang kadang-kadang mencipta laman di atas beberapa suntingan. Oleh itu, penyelia hendaklah mengelakkan dari menghapuskan sebuah laman yang tidak lengkap terlalu awal selepas penciptaannya.

Sesiapa boleh memohon penghapusan segera dengan menambah antara satu templat penghapusan segera. Sebelum mencalonkan sebuah laman untuk penghapusan segera, timbangkan jika ia boleh diperbaiki, diturunkan kepada rencana tunas, digabungkan atau dilencongkan ke tempat lain, dibalikkan ke semakan lepas yang lebih baik, atau ditangani dengan cara yang lain. Sebuah laman sahaja berlayak untuk penghapusan segera jika semua semakannya juga berlayak. Pengguna-pengguna yang mencalonkan sebuah laman untuk penghapusan segera hendaklah menyatakan kriteria-kriteria laman tersebut memenuhi, dan hendaklah memaklumkan pencipta laman dan sesiapa penyumbang yang utama.

Pencipta sebuah laman yang telah dicalonkan tidak dibenarkan untuk mengeluarkan teg penghapusan segera dari laman tersebut. Seorang penyunting yang bukan pencipta laman boleh membuat sedemikian. Seorang pencipta yang tidak bersetujui dengan penghapusan segera tersebut hendaklah mengklik butang Lawankan penghapusan segera ini yang hadir dalam teg penghapusan segera. Butang ini berpaut ke laman perbincangan dengan ruang yang telah diformat untuk pencipta tersebut untuk menerangkan kenapa laman tersebut hendaklah usah dihapuskan. Namun, jika penyumbang bersendirian mengosongkan sebuah laman (selain daripada laman pengguna atau kategori), ia boleh diambil sebagai permohonan penghapusan, dan laman yang dikosongkan boleh diteg dengan {{Db-blanked}} (lihat G7).


Pendahuluan ke kriteria

Singkatan (G12, A3...) sering digunakan untuk merujuk kepada kriteria ini, dan telah diberikan dalam setiap bahagian. Contohnya, "KPS G12" merujuk kepada kriteria 12 di bahagian umum (pelanggaran hak cipta) dan "KPS U1" merujuk kepada kriteria 1 di bahagian pengguna (permintaan pemilik). Singkatan tersebut mungkin berkeliruan kepada pengguna-pengguna baru atau sesiapa lain yang tidak biasa dengan laman ini; dalam kebanyakan keadaan penjelasan dalam Bahasa Melayu yang dasar lebih digemari.

Selepas setiap kriteria di bawah adalah senarai templat digunakan untuk menandakan laman atau fail media untuk penghapusan segera untuk kriteria tersebut. Untuk memberi isyarat kepada penyelia terhadap pencalonan tersebut, letakkan templat penghapusan segera berkenaan di atas laman anda sedang mencalonkan (di dalam <noinclude>...</noinclude> jika mencalonkan sebuah laman Templat:). Sila memastikan bahawa anda meletakkan sebuah ringkasan sunting yang memberitahukan bahawa laman tersebut dicalonkan untuk penghapusan segera. Semua templat penghapusan segera dinamakan sebagai "Db-X", di mana "Db" bermaksud "delete because" (hapuskan kerana). Senarai templat "Db-X" boleh didapati di Wikipedia:Kriteria penghapusan segera/Templat penghapusan.

Jika sebuah laman memenuhi lebih dari satu kriteria di bawah, anda juga boleh menambah satu teg {{Db-multiple}} untuk merangkumi semuannya sebagai ganti menambah banyak teg. Contohnya, jika sebuah rencana kelihatan berpromosi (G11) tetapi juga gagal untuk menerangkan kepentingan subjeknya (A7), {{Db-multiple|G11|A7}} boleh digunakan untuk menandakan kedua-dua kebimbangan tersebut. Rencana tersebut boleh kemudian dihapuskan dengan segera jika seorang penyelia menilaikannya dan memutuskan bahawa antara satu atau kedua-dua kriteria tersebut dipenuhi.

Terdapat sepersetujuan yang kuat bahawa pencipta-pencipta laman atau fail media hendaklah diamarkan tentang pencalonan penghapusan segera (ataupun tentang penghapusan jika tidak diberitahu sebelum tindakan tersebut). Oleh itu, semua templat penghapusan segera (untuk kriteria selain daripada U1, G6, G7 dan G8) mempunyai dalam kandungannya sebuah praformat templat amaran yang dicadangkan untuk memberitahukan pihak atau pihak-pihak yang berkenaan dengan pencalonan dalam kriteria tersebut. Anda boleh salin dan tampal amaran tersebut kepada laman perbincangan pencipta dan penyumbang-penyumbang utama, memilih dari jenis lain di Kategori:Templat amaran KPS, atau letakkan templat amaran bersatu, {{Tlxs|CSD-warn|csd|Nama laman} yang membolehkan anda untuk menyesuaikan amaran anda di bawah apa-apa kriteria dengan menggantikan csd dengan singkatan kriteria yang bersesuaian (e.g. g4, a7).

Gunakan akal waras apabila memenuhi permohonan penghapusan segera terhadap sebuah laman: kajikan sejarah laman untuk memastikan bahawa semua semakan dahulu memenuhi kriteria penghapusan segera, kerana seorang penyunting boleh menggantikan sebuah rencana dengan bahan yang kelihatan untuk menyebabkannya untuk memenuhi kriteria di bawah.

Laman-laman yang terus hidup selepas perbincangan penghapusan

Di mana bersesuaian, kriteria-kriteria di bawah boleh digunakan untuk menghapuskan laman-laman yang terus hidup selepas perbincangan penghapusan mereka yang terbaru:

  • G6, pengemasan
  • G8, laman-laman yang bergantung kepada laman-laman yang tidak wujud
  • G9, tindakan pejabat
  • G12, pelanggaran hak cipta yang jelas
  • A2, rencana dalam bahasa asing yang wujud pada projek Wikimedia yang lain
  • A5, rencana yang telah ditranswikikan
  • F8, fail wujud di Commons

Kriteria tersebut boleh sahaja digunakan dalam kes-kes tanpa kontroversi; sekiranya berlaku pertikaian, mulakan perbincangan penghapusan yang baru. Namun, perlanggaran hak cipta yang baru ditemui hendaklah diteg dengan G12 jika perlanggaran tersebut wujud di dalam semua semakan dahulu rencana tersebut. Kriteria lain yang tidak disenaraikan di sini tidak boleh digunakan untuk penghapusan segera laman-laman yang terus hidup selepas perbincangan penghapusan; mulakan perbincangan penghapusan baru dalam kes ini.

Senarai kriteria

Nota:

  • Kriteria di bawah telah diterjemahkan dari laman berkenaan di Wikipedia Bahasa Inggeris. Jika wujud percanggahan antara versi ini dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendak diguna pakai. Tolong mengemaskinikan kriteria di bawah sekiranya terdapat perubahan di versi Bahasa Inggeris.
  • Kenyataan-kenyataan yang telah dikelabukan belum lagi terpakai pada Wikipedia Bahasa Melayu kerana kehilangan prosedur atau perkara yang bergantung kepada mereka yang sudah wujud di Wikipedia Bahasa Inggeris tetapi belum di sini.

Umum

Ini merangkumi semua jenis laman, dan oleh itu rencana, lencongan, laman pengguna, laman perbincangan, fail, dll. juga termasuk, selain di mana dinyatakan.

G1. Karut nyata

Laman yang secara menyeluruh mengandungi tulisan yang kabur atau merapu, tanpa kandungan berguna atau sejarah. Ini mengecualikan tulisan yang lemah/buruk, tulisan panjang yang kecondongan kepada satu pihak atau tujuan, kenyataan yang lucah, teori yang tidak masuk akal, laku musnah dan berita palsu, bahan fiksyen, bahan bukan Melayu yang koheren, dan bahan yang lemah diterjemahkan. Kotak pasir serta laman-laman dalam ruang nama pengguna tidak tertakluk kepada kriteria ini. Dalam pendek, jika anda dapat memahaminya, kriteria G1 tidak dipenuhi.

G2. Laman cubaan

Laman telah dicipta untuk sebarang percubaan suntingan atau fungsi-fungsi Wikipedia yang lain. Sublaman kotak pasir yang dicipta sebagai ujian juga tertakluk dalam kriteria ini, namun kotak pasir itu sendiri tidak tertakluk dalam kriteria ini. Kriteria ini mengecualikann laman-laman dalam ruang nama pengguna, dan ia juga tidak termasuk templat sah yang tidak diguna atau berduplikat (meskipun kriteria T3 mungkin boleh digunapakai).

G3. Laku musnah dan berita palsu yang ketara

Ini termasuk maklumat yang tidak benar secara jelas lagi nyata, olok-olokan atau berita palsu (termasuk imej-imej yang bertujuan sedemikian) dan juga lencongan-lencongan yang dicipta daripada pelencongan rencana yang bersifat laku musnah.

G4. Penciptaan semula laman yang telah dihapuskan selepas perbincangan penghapusan

Salinan yang mencukupi serupa dan tidak diperbaiki, mempunyai apa-apa tajuk, sebuah laman yang dihapuskan melalui perbincangan penghapusannya yang terbaru.[1] Ini tidak termasuk laman-laman yang sebahagian besar tidak kelihatan serupa kepada versi yang dihapuskan, laman-laman di mana sebab untuk penghapusan tidak lagi terpakai, dan kandungan yang telah dipindah ke ruang pengguna untuk keperbaikan yang jelas (tetapi bukan sahaja untuk memintasi dasar penghapusan Wikipedia). Kriteria ini juga mengecualikan kandungan yang dinyahhapuskan melalui kajian penghapusan, atau yang dihapuskan melalui cadangan penghapuskan atau penghapusan segera (namun dalam kes itu kriteria penghapusan segera sebelum ini, ataupun kriteria-kriteria yang lain, mungkin boleh digunapakai).

G5. Ciptaan pengguna yang telah ditegah atau disekat

Laman-laman dicipta oleh pengguna-pengguna yang telah ditegah atau disekat dalam pelanggaran tegahan atau sekatan mereka, dan tanpa suntingan-suntingan besar atau cukup penting dari pengguna lain. G5 tidak sepatutnya dijatuhi atas templat-templat yang ditransklusikan atau ke kategori yang mungkin berguna atau sesuai untuk digabungkan.

  • Untuk berlayak, suntingan tersebut hendaklah dilakukan apabila pengguna tersebut telah sebenarnya ditegah atau disekat. Laman yang dicipta sebelum tegahan atau sekatan tidak berlayak.
  • Untuk berlayak, suntingan tersebut juga mesti melanggarkan tegahan atau sekatan pengguna. Contohnya, laman-laman yang dicipta oleh pengguna yang ditegah dari sesebuah topik boleh dihapuskan jika ia jatuh dalam topik tersebut, tetapi tidak jika suntingan tersebut terdapat dalam topik yang lain.
  • {{Db-g5|nama pengguna yang ditegah}}, {{Db-banned|nama pengguna yang ditegah}}

G6. Penghapusan teknikal

Penyelenggaraan yang tidak berkontroversi, termasuk:

  • Menghapuskan kategori selenggaraan yang bertarikh.
  • Menghapuskan laman nyahkekaburan yang tidak perlu, seperti mereka yang menyenarai kurang dari dua pautan ke rencana Wikipedia yang wujud. Nota: mengikut en:MOS:DABRL, pautan merah dibenarkan pada laman nyahkekaburan, jika disokong oleh pautan biru ke rencana yang menunjukkan penggunaan pautan merah tersebut dalam konteks yang munasabah; pautan biru yang menyokong dikira sebagai pautan yang sah kepada rencana Wikipedia yang wujud.
  • Menghapuskan lencongan atau laman lain yang menghalang perpindahan sebuah laman. Penyelia hendaklah sedar bahawa prosedur yang betul untuk lencongan/laman yang memegang sebuah perpindahan laman mempunyai sejarah laman yang tidak remeh-temeh. Seorang penyelia yang menghapuskan laman yang menghalang pemindahan hendaklah memastikan bahawa pemindahan tersebut diselesaikan selepas perhapusan laman tersebut.
  • Menghapuskan laman yang tersilap dicipta atau dicipta dalam ruang nama yang salah.
Jika tiada teg istimewa seperti {{