Rel ringan

Laluan Ringan Terpecut (LRT) ialah sebuah jenis transit rel bandar dengan ciri-ciri gabungan trem dan metro. Walaupun gerabak kereta apinya hampir serupa dengan trem tradisional, rel ringan beroperasi pada kapasiti dan kelajuan yang lebih tinggi, dan seringkali di hak lalu ekslusif.



Laluan ringan terpecut tidak mempunyai definisi standard, tetapi di Amerika Syarikat (di mana terminologi ini dicipta pada tahun 1970-an dari istilah kejuruteraan keretapi ringan), rel ringan beroperasi terutamanya melalui hak lalu eksklusif dan menggunakan sama ada kereta api satu gerabak atau berbilang unit yang digabungkan untuk membentuk sebuah kereta api yang mempunyai kapasiti dan kelajuan yang lebih rendah daripada kereta api penumpang berat atau sistem metro.[1][2][3][4][5]
Beberapa rangkaian laluan ringan terpecut selalunya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan transit aliran ataupun keretapi komuter; sesetengah sistem transit aliran yang lebih berat dipanggil metro ringan. Rangkaian rel ringan lain adalah seperti tram dan beroperasi sebahagiannya di jalan raya. Sistem rel ringan didapati di seluruh dunia. Rel ringan menjadi sangat popular sejak kebelakangan ini kerana kos modal yang lebih rendah dan kebolehpercayaan yang meningkat berbanding dengan sistem rel berat.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Kebanyakan trem asal di United Kingdom, Amerika Syarikat, dan lain-lain tempat telah dihentikan operasi bermula dekad 1950-an ketika populariti kereta meningkat. British abaikan sistem tremnya, kecuali Blackpool, pada tahun 1962.[7] Walaupun terdapat beberapa sistem trem dan troli tradisional masih wujud pada masa kini, istilah "rel ringan" telah berubah untuk merangkumi sistem rel yang berlainan jenis. Teknologi rel ringan moden secara umumnya berasal dari Jerman Timur, memandangkan percubaan oleh Boeing Vertol untuk memperkenalkan sistem rel ringan Amerika yang baharu mengalami masalah teknikal. Selepas Perang Dunia Ke-2, Jerman telah mengekalkan kebanyakan rangkaian trem dan mengembangkannya menjadi sistem rel ringal model (Stadtbahnen). Kecuali Hamburg, kesemua pekan-pekan dan bandaraya-bandaraya Jerman mengekalkan rangkan rel ringan mereka.[8]
Konsep asas rel ringan telah dikemukakan oleh by H. Dean Quinby pada tahun 1962 dalam sebuah artikel di Traffic Quarterly dinamakan "Major Urban Corridor Facilities: A New Concept" (Bahasa Melayu:"Kemudahan Koridor Bandar Utama: Sebuah Konsep Baharu"). Quinby membezakan konsep baharu ini dalam pengangkuta rel daripada sistem trem bersejarah melalui:
- mempunyai kapasiti untuk menampung lebih banyak penumpang
- mempunyai rupa seperti sebuah tren, dengan lebih daripada satu gerabak digabungkan bersama
- mempunyai lebih banyak pintu untuk memudahkan penggunaan penuh ruang tren
- lebih cepat dan senyap ketika beroperasi
Istilah light rail transit (LRT; Bahasa Melayu: transit aliran ringan) telah diperkenalkan di Amerika Utara pada tahun 1972 untuk menerangkan konsep baharu pengangkutan rel ini.[9]
Sistem rel ringan baharu yang pertama di Amerika Utara memulakan operasi pada tahun 1978 apabila bandar Kanada Edmonton, Alberta mengguna pakai sistem Siemens-Duewag U2 Jerman, diikuti tiga tahun kemudian oleh Calgary, Alberta, dan San Diego, California. Konsep ini menerima sambutan hangat, dan walapun Kanada mempunyai beberapa bandar yang cukup besar untuk menampung rel ringan, kini terdapat sekurang-kurangnya 30 sistem rel ringan di Amerika Syarikat.
British mula menggantikan laluan kereta api tempatan usang dengan rel ringan bermula pada dekad 1980-an, bermula dengan Metro Tyne dan Wear dan diikuti dengan Keretapi Ringan Docklands (DLR) di London. Istilah bersejarah light railway (Bahasa Melayu:Keretapi Ringan) telah digunakan kerana istilah tersebut berasal daripada Akta Keretapi Ringan 1896 British, walaupun teknologi yang diguna pakai dalam sistem DLR dianggap oleh masyarakat Amerika paling jauh istilah rel ringan digunapakai sebelum istilah metro pula diguna. Trend rel ringan di United Kingdom menjadi kukuh dengan kejayaan sistem Manchester Metrolink, yang dibuka pada tahun 1992.
Definisi
[sunting | sunting sumber]




Istilah light rail (Bahasa Melayu: rel ringan) telah dicipta oleh Pentadbiran Pengangkutan Massa Bandar (UMTA; perintis kepada Pentadbiran Transit Persekutuan) untuk menerangkan transformasi trem baharu yang sedang berlaku di Eropah dan Amerika Syarikat. Di Jerman, istilah Stadtbahn (perlu dibezakan dengan S-Bahn, singkatan kepada Stadtschnellbahn) telah digunakan untuk menerangkan konsep rel ringan, dan kebanyakan kakitangan dalam UMTA mahu mengguna pakai terjemahan langsung, iaitu city rail (Bahasa Melayu: rel bandar). Sebaliknya, UMTA akhirnya mengguna pakai istilah light rail (Bahasa Melayu: rel ringan).[9] Ringan dalam konteks ini merujuk kepada "bertujuan untuk muatan ringan dan pergerakan laju", daripada merujuk kepada berat fizikal. Pelaburan infrastruktur juga selalunya lebih kecil daripada sistem rel berat. Jika terdapat satu perbezaan diantara rel ringan dan sistem metro, ia adalah kebolehan kenderaan rel ringan untuk secara teknikalnya beroperasi di trafik bercampur jika diperlukan.[10]
Badan Penyelidikan Pengangkutan (Pusat Sistem Pengangkutan) metakrifkan "light rail" (bahasa Melayu:"rel ringan") pada tahun 1977 sebagai "sebuah mod pengangkutan bandar menggunakan hampir sepenuhnya lalu lalang khusus tetapi tidak semestinya bertingkat. Kenderaan elektrik atas landasan beropasi secara tunggal atau bersama kenderaan serupa yang lain. LRT menyediakan pelbagai kemampuan penumpang dan ciri-ciri prestasi dengan kos sederhana."
Persatuan Pengangkutan Awam Amerika (APTA), dalam sebuah Glossari Terminologi Transit, mentakrikan rel ringan sebagai:
...sebuah mod perkhidmatan transit (juga dipanggil trem atau troli) mengoperasikan tren rel penumpang secara tunggal (atau ringkasnya, selalunya tren dua-gerabak atau tiga-gerabak) di landasan tetap di lalu lalang yang selalunya dipisahnya daripada trafik lain secara sebahagian atau majoriti laluannya. Kenderaan rel ringan biasanya dipandu secara elektrikal dengan kuasa ditarik daripada talian elektrk atas melalui [galah] troli atau pantograph; dipandu oleh sebuah pemandu atas kenderaan; dan mungkin mempunyai platform tinggi atau penaikan aras rendah menggunakan tangga."[1]
Namun begitu, beberapa transit berkuasa diesel telah dilabelkan sebagai rel ringan, seperti O-Train Laluan Trillium di Ottawa, Ontario, Kanada, Laluan River di New Jersey, Amerika Syarikat, dan Sprinter di