Barah
| Barah | |
|---|---|
| Penamaan | |
| Dinamakan sempena | Crab (en) |
| Keterangan | |
| Punca | Punca barah, Punca jangkitan barah, malignant cell (en) |
| Jenis | |
| Faktor risiko | Merokok |
| Kesan | Cancer pain (en) |
| Rawatan | |
| Pengkhususan | Onkologi |
| Pengubatan | Prednisolone (en) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Barah (Jawi: باره Sum., KepRi.[1] juga: kanser Mal., Sin. atau kanker Ind.,[2] istilah perubatan: barah neoplasma) merupakan pengelasan penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar luar kawalan sehingga mampu merebak lalu menceroboh dan memusnahkan tisu biologi dalam badan.[3][4] Ketiga-tiga ciri-ciri barah ini berbeza daripada tumor bukan barah hanya membiak berbilang dan berada dalam kawasan yang terhad. Sebanyak 100 jenis barah yang telah diamati menjejaskan kesihatan manusia.[4] Kebanyakan barah menyebabkan ketumbuhan, akan tetapi sesetengah barah tidak namun tetap akibatkan penyakit sama tahap jejas seperti leukemia. Bidang perubatan yang menjalankan penyelidikan, diagnosis, pengubatan dan pencegahan barah dikenali sebagai onkologi.
Barah telah menjadi masalah utama akibat peningkatan tempoh jangka hayat. Ini disebabkan kadar mutasi semakin meningkat selaras dengan tempoh hayat manusia yang semakin berpanjangan. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam cara merawat barah, kebanyakan rawatan hanya berkesan bagi penyakit barah tahap awal. Bagi kebanyakan barah yang telah mencapai tahap lanjut masih tiada rawatan yang berkesan wujud dan dalam kebanyakan kes akhirnya membawa maut. Oleh itu, pelewatan mendapatkan rawatan untuk barah sebegini bolehlah dianggap seolah-olah membunuh diri. Walau bagaimanapun sungguhpun tidak terdapat ubat yang berkesan bagi pesakit barah yang tahap akhir, semenjak 20 tahun kebelakangan perkembangan penjagaan paliatif telah meningkat dengan meluas.
Rawatan barah biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignan. Rawatan barah perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja ia dikesan. Kelewatan mendapatkan rawatan mengurangkan peluang untuk sembuh. Barah yang dikesan pada peringkat awal mempunyai peluang yang baik untuk dirawat secara berkesan.
Barah mampu menyebabkan pelbagai tanda, bergantung kepada tempat dan ciri meligan dan sama ada berlakunya metastasis. Dignosa tepat biasanya memerlukan pemeriksaan tisu yang diambil melalui biopsi melalui mikroskop. Apabila didiagnos, barah biasanya dirawat melalui pembedahan, kemoterapi dan/atau rawatan radiasi.
Sekiranya tidak dirawat, kebanyakan barah akhirnya menyebabkan kematian; barah sendirinya merupakan punca utama kematian di negara-negara membangun. Kebanyakan barah boleh dirawat dan ramai yang sembuh terutamanya menerima rawatan pada peringkat awal. Kebanyakan bentuk barah berkait dengan faktor persekitaran yang boleh dielakkan. Merokok atau mengambil tembakau dalam cara yang lain mendorong kepada lebih banyak barah berbanding faktor persekitaran yang lain.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Barah turunan kata akar Proto-Austronesia *baReq yang asalnya bermaksud "bengkak bernanah" atau "bisul".[1][5][6] Kanser dan kanker masing-masing serapan Inggeris dan Belanda meminjam kata Latin: cancer lanjutan serapan Yunani: καρκίνος, rumi: karkínos "ketam" menggambarkan kemiripan ketumbuhan yang berurat membengkak seperti haiwan ini oleh pengubat zaman dahulu seperti Hippokrates.[7]
Antara istilah pengungkap lain yang pernah dicatatkan dalam bidang perubatan adalah "restung" dan "pekung".[8]
Mendiagnosis barah
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan barah pada awalnya dikesan sama ada tanda atau simptom timbul atau melalui pemeriksaan. Tidak satupun merupakan diagnosis mutlak dan biasanya memerlukan biopsi. Sesetengah barah dikesan secara tidak sengaja semasa pemeriksaan kesihatan ke atas masalah lain yang tidak berkait.
Tanda dan gejala (kesan)
[sunting | sunting sumber]Biasanya simptom barah boleh dibahagikan menurut tiga kumpulan:
- Gejala tempatan: biasanya bonggol atau ketulan luar biasa luar biasa (tumor), pendarahan dalaman (hemorrhage), sakit dan/atau ulser. Tekanan kepada tisu sekeliling mungkin menyebabkan simpom seperti demam kuning.
- Gejala metastasis (merebak): nod limfa, batuk dan hemoptisis,
