Pergi ke kandungan

Edry Abdul Halim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Edry KRU)
Edry Abdul Halim
إدري عبد الحليم
Kelahiran
Edry bin Abdul Halim

(1976-04-28) 28 April 1976 (umur 50)
Nama lainEdry KRU
PekerjaanPenyanyi, pelakon, penulis lirik, penerbit, komposer, penerbit rakaman, pengarah
Tahun aktif1992–kini
Terkenal keranaKRU
Karya
Filemografi
PasanganMilia Mohammed (k. 1999)
Anak-anak4
IbuZarina Abdul Wahab
BapaAbdul Halim Kamal
Keluarga
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B, Rock, Balada, Jazz, Pop rock, Elektro-pop
Alat muzikVokal, gitar, keyboard, pensintesis
Syarikat rakamanEMI Music Malaysia
KRU Records
Kegiatan berkaitanKRU, Kumpulan Mojo

Edry Abdul Halim (lahir 28 April 1976) ialah salah seorang daripada anggota kumpulan KRU, penerbit muzik, penggubah lagu dan pemain synthesizer Kumpulan Mojo.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Edry dilahirkan pada 28 April 1976 di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.

Edry merupakan salah seorang ahli pengasas kumpulan KRU bersama dua abangnya, Norman dan Yusry sewaktu penubuhannya pada 1992 ketika Edry berusia 16 tahun. Beliau merupakan penyanyi kumpulan ini dan kebanyakan lagu-lagu nyanyian KRU dicipta oleh beliau. Edry juga berbakat dalam mencipta lagu, banyak lagu-lagu yang menjadi kegemaran dan kegilaan orang ramai. Antara nama-nama besar yang pernah bekerjasama dengan beliau antaranya Stacy, Adam, Ezlynn, Caliph Buskers, Mawi, Rabbani dan ramai lagi. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Mojo.

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[1] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999[2] dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia dan Emery. Anak bongsu, Elya pula dilahirkan pada bulan Jun 2010.[3] Anak ketiga beliau, Emery menghidap penyakit autisme.[4]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]

Lagu ciptaan

[sunting | sunting sumber]

Edry telah menghasilkan lebih daripada 500 lagu dan pernah diiktiraf oleh MACP sebagai komposer dengan pendapatan terbanyak dari tahun 2014-2016 [5]. Antara lagu ciptaan beliau adalah:

Lagu Penyanyi
Intifada Rabbani
Satu Qiblat Yang Sama
Pergi Tak Kembali
Asmaradana Tiara Jacquelina
Seksis Anita Sarawak
Ceritera Zainalabidin
Orait Amy Search
Takkan Melayu Hilang Di Dunia Sharifah Aini
Setia Bersama Sheila Majid & KRU
Tiap Detik Juliana Banos
Mana Satu
Hi Hi Bye Bye Ezlynn
Sengsara
Dekat Padamu Yusry Abdul Halim
Tak Tahu Adam AF
Joget Lambak
Terhangat Di Pasaran KRU ft Adam AF
Ya atau Tidak Erra Fazira
Ingin Tahu
Lepaskanku
Separuh Masa The Lima
Buronan Cinta
Pakai Buang Stacy
Jahat
Kasanova
Kisah Dongeng
Bila Bila
Menggegar Dunia Stacy ft Adam AF
Berdua Bersatu Forteen
Linangan Terakhir
Kita
Seperti Dulu
Dekat Tapi Jauh
Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF
Ku Ada Kamu Adira AF
Sedetik Lebih Anuar Zain
Hanya NamaMu Caliph Buskers
HambaMu Mawi ft Akhil Hayy
Sujud Mawi & KRU
Tahan Lama KRU ft Joe Flizzow
Ikut Rentakku Jaclyn Victor
Nyawaku Azmil Karim
Biar Aku Qody Rany
Romancinta Mojo
Superstar
Korbankan Kita
Nurcinta Amir Masdi

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 Othman, Kemalia (18 April 2018). "Tiga beradik akhirnya bubar KRU selepas 25 tahun ditubuhkan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-18. Dicapai pada 18 April 2018.
  2. ↑ Selamat Pengantin Baru EDRY- MILIA Diarkibkan 2017-02-12 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 14 November 1999.
  3. ↑ Siti Azira Abdul Aziz (8 Jun 2010) Edry (KRU) Dapat Anak Keempat mStar Online. Dicapai pada 9 Jun 2010.
  4. ↑ Hanisah Selamat (28 April 2018). Demi anak, Edry bawa keluarga pindah Eropah Berita Harian. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  5. ↑ Mazalan, Rozdan (2016-11-20). "Edry kekal komposer pendapatan terbanyak". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-16.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]